Jun 08, 2012

PERASMIAN PROGRAM USAHASAMA PERKONGSIAN MAKLUMAT (CIS) SIRI 1 : KEWANGAN

Program Usahasama Perkongsian Maklumat Siri 1 : Kewangan telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan PUiTM Encik Noor Hidayat Adnan. Dalam majlis perasmian itu juga Ketua Pustakawan telah melancarkan nama baru bagi Perpustakaan Tun Abdul Razak 2 kepada Perpustakaan Pengurusan Perniagaan. Ketua Pustakawan juga berkesempatan menyampaikan cenderahati & sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang terlibat antaranya Permodalan Nasional Berhad (PNB), Pusat Pengurusan Pengetahuan Bank Negara Malaysia (KMC), The Malaysian Insurance Institute (MII), & Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Md. Haizar Jamian.
Seterusnya, ucapan alu-aluan daripada Puan Junaida Kamarudin, Ketua Perpustakaan Pengurusan Perniagaan.
Majlis sampai ke acara kemuncak, perasmian oleh Ketua Pustakawan, Encik Noor Hidayat Adnan dan seterusnya merasmikan nama baharu Perpustakaan Tun Abdul Razak 2 kepada Perpustakaan Pengurusan Perniagaan.
Ketua Pustakawan, Encik Noor Hidayat Adnan juga bebesar hati untuk menyampikan sedikit cenderahati dan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang terlibat.
PNB

KMC

MII
AKPK



Majils diakhiri dengan jamuan ringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan