Final mode exam is ON now until 13th July 2014. Good luck students!
PPER TAR UiTM SHAH ALAM
Kandungan di dalam blog ini adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan Perpustakaan Pengurusan Perniagaan. Ianya mengandungi aktiviti, berita, perkongsian mahu pun penyebaran maklumat. Semoga para pembaca dapat manfaat dari blog ini. Selamat membaca!
Jun 25, 2014
Julai 26, 2012
Penutupan server EZAccess pada 28-31 Julai 2012
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera
Adalah dimaklumkan bahawa Server EZAccess (capaian kepada online database dari luar kampus) PTAR akan ditutup pada 28-31 Julai 2012.
Ini adalah kerana perpindahan server ini ke lokasi baru. Oleh itu, para pengguna tidak dapat mengakses ke online database dari luar kampus pada tarikh yang berkenaan.
Walau bagaimanapun, capaian kepada online database masih boleh dilakukan di dalam kampus.
Diharap pihak tuan/puan dapat bersabar dan segala kerjasama tuan/puan amatlah kami hargai.
Sekian, harap maklum.
Jun 11, 2012
Makluman (kata laluan bagi Digital Library)
Assalamualiakum dan selamat sejahtera. Pihak perpustakaan ingin memaklumkan nombor id dan kata laluan bagi Digital Library (membership management) akan diubah mengikut nombor id dan kata laluan yang sama seperti EZACCESS dan EQPS berkuatkuasa pada 18hb Jun 2012 seperti berikut:
No. ID : 2011312404 (nombor pelajar)
Kata Laluan : 880122045267 (nombor kad pengenalan)
Panduan menggunakan perkhidmatan Digital Library :
Langkah 1
-Pergi ke http://library.uitm.edu.my dan click pada Links Digital Library
Langkah 2
-Masukkan
No. ID : 2011312404 (nombor pelajar)
Kata Laluan : 880122045267 (nombor kad pengenalan)
No. ID : 2011312404 (nombor pelajar)
Kata Laluan : 880122045267 (nombor kad pengenalan)
Panduan menggunakan perkhidmatan Digital Library :
Langkah 1
-Pergi ke http://library.uitm.edu.my dan click pada Links Digital Library
Langkah 2
-Masukkan
No. ID : 2011312404 (nombor pelajar)
Kata Laluan : 880122045267 (nombor kad pengenalan)
Jun 08, 2012
PERASMIAN PROGRAM USAHASAMA PERKONGSIAN MAKLUMAT (CIS) SIRI 1 : KEWANGAN
Program Usahasama Perkongsian Maklumat Siri 1 : Kewangan telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan PUiTM Encik Noor Hidayat Adnan. Dalam majlis perasmian itu juga Ketua Pustakawan telah melancarkan nama baru bagi Perpustakaan Tun Abdul Razak 2 kepada Perpustakaan Pengurusan Perniagaan. Ketua Pustakawan juga berkesempatan menyampaikan cenderahati & sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang terlibat antaranya Permodalan Nasional Berhad (PNB), Pusat Pengurusan Pengetahuan Bank Negara Malaysia (KMC), The Malaysian Insurance Institute (MII), & Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Md. Haizar Jamian.
Seterusnya, ucapan alu-aluan daripada Puan Junaida Kamarudin, Ketua Perpustakaan Pengurusan Perniagaan.
Majlis sampai ke acara kemuncak, perasmian oleh Ketua Pustakawan, Encik Noor Hidayat Adnan dan seterusnya merasmikan nama baharu Perpustakaan Tun Abdul Razak 2 kepada Perpustakaan Pengurusan Perniagaan.
Ketua Pustakawan, Encik Noor Hidayat Adnan juga bebesar hati untuk menyampikan sedikit cenderahati dan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang terlibat.
| PNB |
| KMC |
| MII |
| AKPK |
Majils diakhiri dengan jamuan ringan.
Mei 30, 2012
Majlis Perasmian Program Usahasama Perkongsian Maklumat (CIS) Siri 1: Kewangan
Majlis Perasmian Program Usahasama Perkongsian Maklumat (CIS) Siri 1: Kewangan anjuran Perpustakaan Pengurusan Perniagaan dan Perpustakaan Undang-Undang PTAR 2 dengan kerjasama Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia, The Malaysian Insurance Institute (MII), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Maklumat program adalah seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 6 & 7 Jun 2012 (Rabu & Khamis)
Tempat : Perpustakaan Pengurusan Perniagaan (PTAR 2)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Perpustakaan Pengurusan Perniagaan (PTAR 2)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang berlangsungnya pameran ini. Antaranya ialah:
1. Sesi Perkongsian Maklumat bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB)
2. Sesi Perkongsian Maklumat bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
3. Sesi Perkongsian Maklumat bersama Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia
4. Sesi Perkongsian Maklumat bersama The Malaysian Insurance Institute (MII)
5. Booth Permodalan Nasional Berhad (PNB)
6. Booth Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
7. Booth Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia
8. Booth The Malaysian Insurance Institute (MII)
9. Aktiviti permainan
YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini yang akan berlangsung selama 2 hari bermula 6 – 7 Jun 2012.
*Untuk makluman, kehadiran staf UiTM pada majlis perasmian dan sesi perkongsian maklumat akan diambil dan akan dimasukkan ke dalam jam latihan tuan/puan. Para pelajar yang hadir ke sesi perkongsian maklumat akan diberi kupon aktiviti.
Langgan:
Ulasan (Atom)



