Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera
Adalah dimaklumkan bahawa Server EZAccess (capaian kepada online database dari luar kampus) PTAR akan ditutup pada 28-31 Julai 2012.
Ini adalah kerana perpindahan server ini ke lokasi baru. Oleh itu, para pengguna tidak dapat mengakses ke online database dari luar kampus pada tarikh yang berkenaan.
Walau bagaimanapun, capaian kepada online database masih boleh dilakukan di dalam kampus.
Diharap pihak tuan/puan dapat bersabar dan segala kerjasama tuan/puan amatlah kami hargai.
Sekian, harap maklum.