Mei 30, 2012

Majlis Perasmian Program Usahasama Perkongsian Maklumat (CIS) Siri 1: Kewangan

Majlis Perasmian Program Usahasama Perkongsian Maklumat (CIS) Siri 1: Kewangan anjuran Perpustakaan Pengurusan Perniagaan dan Perpustakaan Undang-Undang PTAR 2 dengan kerjasama Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia, The Malaysian Insurance Institute (MII), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Maklumat program adalah seperti ketetapan berikut:-
Tarikh            : 6 & 7 Jun 2012 (Rabu & Khamis)
Tempat          : Perpustakaan Pengurusan Perniagaan (PTAR 2)
Masa              : 8.30 pagi – 1.00 petang



Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang berlangsungnya pameran ini. Antaranya ialah:
1.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB)
2.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
3.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia
4.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama The Malaysian Insurance Institute (MII)
5.    Booth Permodalan Nasional Berhad (PNB)
6.    Booth Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
7.    Booth Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia
8.    Booth  The Malaysian Insurance Institute (MII)
9.    Aktiviti permainan

YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini yang akan berlangsung selama 2 hari bermula 6 – 7 Jun 2012.

*Untuk makluman, kehadiran staf UiTM pada majlis perasmian dan sesi perkongsian maklumat akan diambil dan akan dimasukkan ke dalam jam latihan tuan/puan. Para pelajar  yang hadir ke sesi perkongsian maklumat akan diberi kupon aktiviti.

Mei 15, 2012

Makluman Baru Perpustakaan - Penukaran Maksimum Denda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan perpustakaan telah menambahbaik perkhidmatan maksimum penangguhan bayaran denda lewat pemulangan bahan daripada RM5.00 kepada RM0.20.

Perubahan ini dilakukan adalah berdasarkan justifikasi di bawah:


1. Sebagai langkah pencegahan mengelakkan baki tertunggak pelajar sehingga di akhir semester.
2. Memudahkan pengguna mengingati tarikh pemulangan bahan lewat bagi menggelakkan pelajar salam faham (bayaran tertunggak yang telah dibayar).
3. Kelancaran proses konvokesyen.


Dengan pembaharuan ini, diharap perkhidmatan perpustakaan akan bertambah baik bagi meningkatkan kepuasan hati pelanggan.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi perpustakaan di talian 03-55443743.

Terima kasih. 


Mei 02, 2012

Makluman Terbaru Mengenai EZAccess/EZProxy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM telah mengemaskini akses ke EZAccess kepada staf UiTM. Bermula April 2012, staf UiTM kini boleh mengakses ke EZAccess menggunakan cara berikut

ID: nombor staf
Password: nombor kad pengenalan

Para pelajar juga boleh mengakses ke EZAccess dengan memasukkan:

ID: nombor pelajar
Password: nombor kad pengenalan

Sila masuk ke laman portal perpustakaan di http://library.uitm.edu.my

Semoga dengan penambahbaikan yang dibuat dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan perpustakaan yang lebih baik.