April 29, 2012

Perlanjutan Waktu Perkhidmatan Meja Rujukan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Perpustakaan Pengurusan Perniagaan & Perpustakaan Undang-Undang telah menambah perkhidmatan terbaru iaitu perlanjutan waktu perkhidmatan Pustakawan di Meja Rujukan.

Perkhidmatan ini diadakan dua kali seminggu iaitu pada setiap Hari Selasa dan Khamis dari jam 5.00 petang sehingga 10.00 malam. Para pelanggan boleh berjumpa dengan Pustakawan yang bertugas untuk mendapatkan bantuan rujukan dan khidmat nasihat.

Diharap dengan perkhidmatan terbaru ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan dengan lebih baik.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi perpustakaan di talian 03-55443743 atau 03-55443737


Nota: Waktu perkhidmatan Meja Rujukan tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan.

Cuti Umum Hari Pekerja

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada pelanggan perpustakaan yang dihormati.

Perkhidmatan Perpustakaan Pengurusan Perniagaan & Perpustakaan Undang-Undang (PTAR 2) akan ditutup pada 1 Mei 2012 bersempena cuti umum Hari Pekerja.

Perpustakaan akan dibuka semula pada 2 Mei 2012.

Harap maklum. Terima kasih

April 25, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012


 27 APRIL - 6 MEI
DEWAN TUN RAZAK, PWTC
 ISNIN - KHAMIS 10.00 PG - 7.00 PTG
JUMAAT - AHAD 10.00 PG - 9.00 MLM





BENGKEL KOMPETENSI PENYELIDIKAN PENTADBIR PUiTM 2012

Jabatan Perkhidmatan Akademik, Perpustakaan Tun Abdul Razak , UiTM Malaysia akan menganjurkan Bengkel Kompetensi Penyelidikan Pentadbir PUiTM 2012 pada ketetapan seperti berikut:


Tarikh : 26 hingga 27 April 2012
Hari : Khamis - Jumaat
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Auditorium dan Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak 2
Peserta : 40 orang pustakawan dan 20 orang pentadbir UiTM


Pembaharuan Bahan Tanpa Had (Unlimited Renewals)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Tuan/puan

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menawarkan Perkhidmatan terkini iaitu Pembaharuan bahan tanpa had sekiranya tiada tempahan dibuat daripada pelanggan lain.

Perkhidmatan terkini ini akan berkuatkuasa serta merta mulai 18 April 2012. Sekiranya pelanggan lain ingin menggunakan bahan tersebut, staf perpustakaan adalah digalakkan untuk memberikan tunjukajar bagi membuat tempahan bahan melalui OPAC dan WEBOPAC Perpustakaan.


Diharap perkhidmatan ini akan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Perpustakaan serta meningkatkan statistik pinjaman bahan. Kerjasama daripada semua pihak bagi meletakkan nama PTAR setaraf Universiti ternama amat dihargai.

April 20, 2012

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan

Assalammualaikum & Salam sejahtera

Tuan/puan



Dimaklumkan bahawa Waktu Perkhidmatan  Perpustakaan Tun Abdul Razak semasa Cuti Pertengahan Semester ( 21 - 29 April 2012) adalah seperti berikut :


Isnin - Jumaat : 8.30 pagi - 4.45 petang


Sabtu & Ahad : Tutup




Harap Maklum