Assalamualiakum dan selamat sejahtera. Pihak perpustakaan ingin memaklumkan nombor id dan kata laluan bagi Digital Library (membership management) akan diubah mengikut nombor id dan kata laluan yang sama seperti EZACCESS dan EQPS berkuatkuasa pada 18hb Jun 2012 seperti berikut:
No. ID : 2011312404 (nombor pelajar)
Kata Laluan : 880122045267 (nombor kad pengenalan)
Panduan menggunakan perkhidmatan Digital Library :
Langkah 1
-Pergi ke
http://library.uitm.edu.my dan click pada Links Digital Library
Langkah 2
-Masukkan
No. ID : 2011312404 (nombor pelajar)
Kata Laluan : 880122045267 (nombor kad pengenalan)
Kandungan di dalam blog ini adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan Perpustakaan Pengurusan Perniagaan. Ianya mengandungi aktiviti, berita, perkongsian mahu pun penyebaran maklumat. Semoga para pembaca dapat manfaat dari blog ini. Selamat membaca!
Jun 11, 2012
Jun 08, 2012
PERASMIAN PROGRAM USAHASAMA PERKONGSIAN MAKLUMAT (CIS) SIRI 1 : KEWANGAN
Program Usahasama Perkongsian Maklumat Siri 1 : Kewangan telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan PUiTM Encik Noor Hidayat Adnan. Dalam majlis perasmian itu juga Ketua Pustakawan telah melancarkan nama baru bagi Perpustakaan Tun Abdul Razak 2 kepada Perpustakaan Pengurusan Perniagaan. Ketua Pustakawan juga berkesempatan menyampaikan cenderahati & sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang terlibat antaranya Permodalan Nasional Berhad (PNB), Pusat Pengurusan Pengetahuan Bank Negara Malaysia (KMC), The Malaysian Insurance Institute (MII), & Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Md. Haizar Jamian.
Seterusnya, ucapan alu-aluan daripada Puan Junaida Kamarudin, Ketua Perpustakaan Pengurusan Perniagaan.
Majlis sampai ke acara kemuncak, perasmian oleh Ketua Pustakawan, Encik Noor Hidayat Adnan dan seterusnya merasmikan nama baharu Perpustakaan Tun Abdul Razak 2 kepada Perpustakaan Pengurusan Perniagaan.
Ketua Pustakawan, Encik Noor Hidayat Adnan juga bebesar hati untuk menyampikan sedikit cenderahati dan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang terlibat.
| PNB |
| KMC |
| MII |
| AKPK |
Majils diakhiri dengan jamuan ringan.
Langgan:
Ulasan (Atom)

