Disember 09, 2010

Projek Cuti Semester

Pada cuti semester ini, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan untuk memberikan suasana yang lebih selesa kepada pengguna PTAR2 selain menimbulkan persekitaran yang baru kepada pengguna agar lebih bersemangat untuk memasuki perpustakaan.

Aktiviti dimulakan dengan bersarapan pagi bersama-sama untuk mendapatkan “tenaga” sepanjang projek dijalankan.  Makan untuk memberi tenaga kepada badan selain memupuk sifat kekeluargaan antara staf.  Segala perbelanjaan adalah dari staf PTAR2 sendiri.  Seterusnya bacaan doa untuk mengelakkan segala perkara yang tidak diingini berlaku.


Keluarga besar PTAR2 bersarapan pagi.

Projek pertama adalah di bahagian Koleksi Undang-undang.  Cik Syaakirah selaku Pustakawan bahagian Undang-undang telah menerangkan apa yang perlu dilakukan di bahagian tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas sebelum pengubahsuaian dilakukan.  Antara ubahsuai yang dilakukan termasuklah susun atur rak & meja bilik rujukan undang-undang, mengubah bahan di bilik Undang-undang, dan mengemaskini senarai rak jurnal & laporan undang-undang.

kerja-kerja di bilik Koleksi Undang-undang
Bahan-bahan yang diubah susun atur
Juruteknik komputer juga terlibat memberi tenaga (orang kuat PTAR2)

Projek diteruskan dengan pengubahsuaian ditingkat satu.  berikut diberikan beberapa gambaran kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan.
Rak buku juga diubah kedudukan bersesuaian dengan keadaan
"Sepakat Membawa berkat"


Persekitaran dan susunatur yang baru di PTAR2 diharap dapat menambahkan “kegirangan pelanggan” ketika menggunakan perkhidmatan yang disediakan.  Ucapan terima kasih kepada semua staf PTAR2 yang bertungkus lumus menjayakan “projek cuti semester” bagi penutup tahun 2010.

Disember 02, 2010

38 Tahun 5 Bulan 2 Hari Berkhidmat

En. Mohd Shaari B. Mohd Yusof lahir pada 4hb disember tahun 1952, maka pada tarikh itu genaplah usia beliau 58tahun. Sebagai seorang kakitangan awam, umur 58 tahun adalah umur untuk seseorang itu meninggalkan tugas hakiki di tempat kerja. Apakah yang akan dilakukan selepas menjadi “pesara”? Jawapan En. Mohd Shaari “InsyaAllah hari-hari g masjid”.
Segak berkot dan bertali leher.

  Lahir di Pantai Dalam Kuala Lumpur, dan En. Mohd Shaari adalah anak ke-3 dari 9 orang adik-beradik.  Beliau menamatkan zaman bujang bersama pasangan pilihan iaitu Puan Zaiton Mohd Sidek.  Meramaikan umat Nabi Muhammad dengan mendapat 5 orang cahaya mata dan 3 orang cucu. (InsyaAllah cucu bertambah).
Masa muda-muda
  Perkhidmatan beliau di UiTM bermula pada 1hb Julai tahun 1972 sebagai Pekerja Asrama Dan Bangunan dan menamatkan perkhidmatan terakhir sebagai Pembantu Pemuliharaan di PTAR2.
Antara tugas seorang Pembantu Pemuliharaan
Apa yang menarik tentang En. Mohd shaari dan juga mereka-mereka yang berada di unit jilid?  Antara ucapan Puan Faridah Talib semasa majlis persaraan tempoh hari “mereka bukan saja pandai di bilik jilid, tetapi pandai menghias, pandai segala-galanya. (tengok gambar di bawah, badang PTAR2).
Masih bertenaga. Petua? (Kopi Kapal Api)
  Antara harapan yang ditinggalkan untuk semua, “Bekerjalah rajin-rajin dengan ikhlas, jangan cuba mencari kesalahan orang lain, nilai diri kita sendiri dahulu, barulah kita bekerja dengan suasana yang seronok” Encik Mohd Shaari B Mohd Yusof.
Untuk terakhir kali.










Disember 01, 2010

Majlis Persaraan

Pada 24hb November 2010, PTAR2 telah mengadakan majlis bagi meraikan pesaraan Encik Mohd Shaari B. Mohd Yusof yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 3hb Disember 2010. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan. Antaranya, Puan Faridah Talib, Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM, Puan Roslina Mohamad Ali Timbalan Ketua Pustakawan Jabatan Pengurusan Pelanggan dan Tuan Hj. Ahmad Anwal B. Hj. Ali Pembantu Pemuliharaan Kanan.
            Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Sihabudin B Ramli.  Puan Hani Liza Hj. Norfin selaku Ketua Perpustakaan Tun Abdul Razak 2 memberikan ucapan beliau diikuti pula ucapan dari Puan Faridah Talib, Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM.  Bagi melengkapkan upacara majlis, En. Mohd Shaari Mohd Yusof seterusnya memberikan kata-kata dan ucapan terakhir beliau sebagai staf di PUiTM.
            Antara aturcara yang telah dijalankan seperti tayangan multimedia, penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan, dan jamuan minum petang.  Tidak ketinggalan acara kejutan iaitu permaianan “ping pong” sebagai simbolik kepada yang dirai kerana “ping pong” adalah permainan kegemaran beliau.
            Akhir kata, semoga En. Mohd Shaari terus maju dalam kehidupan dan dilimpahi dengan rezeki dariNya. 

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur dan jodoh yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.


Tetamu jemputan dan staf PTAR2 bergambar 
bersama En. Mohd Shaari

Puan Faridah Talib menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan
kepada En. Mohd Shaari


Permainan “ping pong” yang turut disaksikan
oleh tetamu jemputan




Jamuan minum petang sebagai penutup 
majlis persaraan