Kandungan di dalam blog ini adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan Perpustakaan Pengurusan Perniagaan. Ianya mengandungi aktiviti, berita, perkongsian mahu pun penyebaran maklumat. Semoga para pembaca dapat manfaat dari blog ini. Selamat membaca!
Disember 09, 2010
Projek Cuti Semester
Pada cuti semester ini, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan untuk memberikan suasana yang lebih selesa kepada pengguna PTAR2 selain menimbulkan persekitaran yang baru kepada pengguna agar lebih bersemangat untuk memasuki perpustakaan.
Aktiviti dimulakan dengan bersarapan pagi bersama-sama untuk mendapatkan “tenaga” sepanjang projek dijalankan. Makan untuk memberi tenaga kepada badan selain memupuk sifat kekeluargaan antara staf. Segala perbelanjaan adalah dari staf PTAR2 sendiri. Seterusnya bacaan doa untuk mengelakkan segala perkara yang tidak diingini berlaku.
Keluarga besar PTAR2 bersarapan pagi.
Projek pertama adalah di bahagian Koleksi Undang-undang. Cik Syaakirah selaku Pustakawan bahagian Undang-undang telah menerangkan apa yang perlu dilakukan di bahagian tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas sebelum pengubahsuaian dilakukan. Antara ubahsuai yang dilakukan termasuklahsusun atur rak & meja bilik rujukan undang-undang, mengubah bahan di bilik Undang-undang, danmengemaskini senarai rak jurnal & laporan undang-undang.
kerja-kerja di bilik Koleksi Undang-undang
Bahan-bahan yang diubah susun atur
Juruteknik komputer juga terlibat memberi tenaga (orang kuat PTAR2)
Projek diteruskan dengan pengubahsuaian ditingkat satu. berikut diberikan beberapa gambaran kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan.
Rak buku juga diubah kedudukan bersesuaian dengan keadaan
"Sepakat Membawa berkat"
Persekitaran dan susunatur yang baru di PTAR2 diharap dapat menambahkan “kegirangan pelanggan” ketika menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Ucapan terima kasih kepada semua staf PTAR2 yang bertungkus lumus menjayakan “projek cuti semester” bagi penutup tahun 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan