Disember 01, 2010

Majlis Persaraan

Pada 24hb November 2010, PTAR2 telah mengadakan majlis bagi meraikan pesaraan Encik Mohd Shaari B. Mohd Yusof yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 3hb Disember 2010. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan. Antaranya, Puan Faridah Talib, Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM, Puan Roslina Mohamad Ali Timbalan Ketua Pustakawan Jabatan Pengurusan Pelanggan dan Tuan Hj. Ahmad Anwal B. Hj. Ali Pembantu Pemuliharaan Kanan.
            Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Sihabudin B Ramli.  Puan Hani Liza Hj. Norfin selaku Ketua Perpustakaan Tun Abdul Razak 2 memberikan ucapan beliau diikuti pula ucapan dari Puan Faridah Talib, Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM.  Bagi melengkapkan upacara majlis, En. Mohd Shaari Mohd Yusof seterusnya memberikan kata-kata dan ucapan terakhir beliau sebagai staf di PUiTM.
            Antara aturcara yang telah dijalankan seperti tayangan multimedia, penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan, dan jamuan minum petang.  Tidak ketinggalan acara kejutan iaitu permaianan “ping pong” sebagai simbolik kepada yang dirai kerana “ping pong” adalah permainan kegemaran beliau.
            Akhir kata, semoga En. Mohd Shaari terus maju dalam kehidupan dan dilimpahi dengan rezeki dariNya. 

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur dan jodoh yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.


Tetamu jemputan dan staf PTAR2 bergambar 
bersama En. Mohd Shaari

Puan Faridah Talib menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan
kepada En. Mohd Shaari


Permainan “ping pong” yang turut disaksikan
oleh tetamu jemputan




Jamuan minum petang sebagai penutup 
majlis persaraan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan