Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan Perpustakaan Pengurusan Perniagaan & Perpustakaan Undang-Undang telah menambah perkhidmatan terbaru iaitu perlanjutan waktu perkhidmatan Pustakawan di Meja Rujukan.
Perkhidmatan ini diadakan dua kali seminggu iaitu pada setiap Hari Selasa dan Khamis dari jam 5.00 petang sehingga 10.00 malam. Para pelanggan boleh berjumpa dengan Pustakawan yang bertugas untuk mendapatkan bantuan rujukan dan khidmat nasihat.
Diharap dengan perkhidmatan terbaru ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan dengan lebih baik.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi perpustakaan di talian 03-55443743 atau 03-55443737
Nota: Waktu perkhidmatan Meja Rujukan tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan