Assalamualaikum & salam sejahtera
Tuan/puan
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menawarkan Perkhidmatan terkini iaitu Pembaharuan bahan tanpa had sekiranya tiada tempahan dibuat daripada pelanggan lain.
Perkhidmatan terkini ini akan berkuatkuasa serta merta mulai 18 April 2012. Sekiranya pelanggan lain ingin menggunakan bahan tersebut, staf perpustakaan adalah digalakkan untuk memberikan tunjukajar bagi membuat tempahan bahan melalui OPAC dan WEBOPAC Perpustakaan.
Diharap perkhidmatan ini akan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Perpustakaan serta meningkatkan statistik pinjaman bahan. Kerjasama daripada semua pihak bagi meletakkan nama PTAR setaraf Universiti ternama amat dihargai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan