Mei 30, 2012

Majlis Perasmian Program Usahasama Perkongsian Maklumat (CIS) Siri 1: Kewangan

Majlis Perasmian Program Usahasama Perkongsian Maklumat (CIS) Siri 1: Kewangan anjuran Perpustakaan Pengurusan Perniagaan dan Perpustakaan Undang-Undang PTAR 2 dengan kerjasama Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia, The Malaysian Insurance Institute (MII), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Maklumat program adalah seperti ketetapan berikut:-
Tarikh            : 6 & 7 Jun 2012 (Rabu & Khamis)
Tempat          : Perpustakaan Pengurusan Perniagaan (PTAR 2)
Masa              : 8.30 pagi – 1.00 petang



Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang berlangsungnya pameran ini. Antaranya ialah:
1.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB)
2.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
3.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia
4.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama The Malaysian Insurance Institute (MII)
5.    Booth Permodalan Nasional Berhad (PNB)
6.    Booth Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
7.    Booth Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia
8.    Booth  The Malaysian Insurance Institute (MII)
9.    Aktiviti permainan

YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini yang akan berlangsung selama 2 hari bermula 6 – 7 Jun 2012.

*Untuk makluman, kehadiran staf UiTM pada majlis perasmian dan sesi perkongsian maklumat akan diambil dan akan dimasukkan ke dalam jam latihan tuan/puan. Para pelajar  yang hadir ke sesi perkongsian maklumat akan diberi kupon aktiviti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan