Pada 30hb Jun 2011, PTAR2 telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu yang melibatkan staf-staf PTAR2 bertempat di Bilik Kemahiran Maklumat PTAR2. Sesi tersebut berlangsung selama 2 jam dari jam 10 pagi sehingga 12 tengahari dengan melibatkan 3 orang "penceramah" iaitu En. Muhamad Faiz Bin Abdul Ghafar, Cik Siti Zubaidah Bte Khalid dan En. Abdul Razak Ibrahim dan semua staf PTAR2 tetah melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
Sesi dimulakan dengan En. Muhamad Faiz Bin Abdul Ghafar dengan tajuk "Melayu Boleh Berubah".
Seterusnya sesi perkongsian diterukan oleh Cik Siti Zubaidah Bte Khalid dengan tajuk "Melayu Mentaliti Kelas Pertama : Antara Impaian & Kenyataan".
En. Abdul Razak Ibrahim pula menerukan sesi perkongsian dengan tajuk "Occupational Safety & Health Administration OSHA".
Majlis Sesi Perkongsian Ilmu diakhiri dengan penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Ketua PTAR2 iaitu Pn. Hani Liza Hj. Norfin kepada "penceramah" dan sedikit jamuan ringan.
cayalah en muhammad faiz! jd penceramah siott!
BalasPadamhaha... berlatih untuk menjadi pensyarah kot....
BalasPadam